Julai 27, 2009

kita tengok depa.......

ASSALAMUALAIKUM……. DAN……. SALAM PERJUANGAN
Anak kecil main api…Terbakar hatinya yang sepi….
Air mata darah bercampur keringat….Bumi dipijak milik orang..

Nenek moyang kaya raya…. Tergadai seluruh harta benda…
Akibat sengketa sesamalah kita…..cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini…Warisan berkurun lamanya…..
Hasil mengalir ke tangan yang lain……Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam….Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati…..Maruah peribadi dah hilang……

Kini kita Cuma tinggal kuasa….Yang akan menentukan bangsa..
Bersatulah hati bersama berbakti…Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa….Majulah dengan MAHA perkasa..
Janganlah terlalai….teruskan usaha..
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA……..


Renung2 kanlah dan fikirlah madah diatas, apa akan jadi pada BANGSA MELAYU kalau asyik nak begaduh sesama BANGSA MELAYU. Bersatulah wahai BANGSA MELAYU yang masih bersikap KOLOT, jangan kerana masing2 nak tunjuk kekuatan, BANGSA MELAYU sendiri tergadai maruah yang selama ini menjadi keagungan antara BANGSA BERDAULAT…..
PAS menang bukan kerana parti depa kuat tapi kerana UMNO lupa diri masing2 nak tunjuk kuasa…pikiaq la sendiri!!!!
Cukup lah untuk mendengki sesama MELAYU. Sejarah hitam pada 8/3/2008 telah membuktikan kekuatan UMNO yang konon nya memartabatkan BANGSA MELAYU terkulai layu macam pokok yang kurang baja dan vitamin atau kurang bantuan subsidi untuk terus berjuang. Sedarlah wahai BANGSAKU, sekarang adalah dunia realiti bukanya fantasi. Masing2 nak merebut kerusi nak kan glamour dan populoriti macam main kerusi muzik, Lepas selesai bahang pilihan raya, semua ahli-ahli UMNO sibuk nak cari undi untuk pemilihan peringkat BAHAGIAN. Semoga tuan2 dan puan2 membuat pemilihan yang tepat untuk menaikkan kembali harga diri BANGSA MELAYU. Toksah la dok dengki2,dok dalam puak2, dok fitnah orang , cuba la bersatu untuk BANGSA sendiri,buka mata buka hati. Tengok kanan dan kiri!! Malikat sentiasa menulis amalan kebaikan dan keburukan kita. Pertandingan dalam pemilihan UMNO pilih la calon yang boleh membantu dan menolong kebajikan rakyat. Macam mana BANGSA MELAYU nak maju kalau masing2 nak tunjuk kuat. Pertandigan dalam UMNO ni bukan nya macam PERTANDINGAN BELAGA IKAN KARIN. Fikirlah tuan2,puan2 dan pembaca yang dirahmati ALLAH…..siapa yang layak untuk menjadi ketua selepas UMNO mengalami kekalahan yang teruk di seluruh Malaysia dan terutama Kedah. Hanya ketua yang bijak akan menentukan hala tuju BAHTERA UMNO untuk melayar terus di persada dunia….Demi BANGSA MELAYU marilah kita BERSATU.Lakukan perubahan dan "anjakkan paradigma minda" insyaallah
UMNO TIDAK AKAN HILANG DI DUNIA.....wassalammmm…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan